Wednesday, August 10, 2016

NOVEL NARATIF OGONSHOTO ( BAB 1: KOLONIAL )

BAB 1: KOLONIAL

            Di Ogonshoto, terdapat pelbagai gelaran untuk Presiden. Antaranya, ‘ Belut Selat Morauka ‘ kerana bertubuh licin dan menjadi licik. ‘Dewa Badak’ iaitu dewa menyerupai badak yang tidak pernah berasa kenyang sehingga kalua boleh lahar gunung berapi pun ingin disantapnya. Gelaran lain ialah ‘Kolonial’ iaitu ‘peribumi sebagai colonial baharu’
            Akan tetapi semua gelaran itu tidak pernah dicatat dalam buku biografinya dan media cetak serta media elektronik. Hal ini demikian kerana semua media massa di Ogonshoto milik pemerintah, malah ada ‘suara tanpa ragu’ menyatakan bahawa media massa Ogonshoto milik Presiden.
            Buku Biografi Presiden mengandungi kisah yang baik-baik sahaja bermula dari Presiden kecil sehingga sekarang. Pengarang dikatakan telah diupah oleh Presiden dengan  bayaran yang lumayan.
            Ketika berumur 7 tahun, anak luar nikah Malagana banyak menghabiskan masa di Pantai Tanjung Takatea. Mereka tidak pernah mengenali bapa mereka kerana Malagana terkenal sebagai pusat hiburan. Oleh itu, ramai anak luar nikah dilahirkan di  situ.
            Dia sering memerhatikan kapal yang dipenuhi pekerja berkulit putih dari Eropah. Dia tidak pernah mengenali pulau lain selain Gora-Gora, Rai-Rapa dan Futu-Ata. Dia mahu ke Eropah. Oleh itu, dia memasuki kapal itu dan nekad untuk mengikuti kapal itu walaupun tanpa pengetahuan ibu dan kawan-kawannya.
            Sepanjang di dalam kapal, dia seperti seekor tikus yang mencuri makanan dan tidur tanpa dengkur. Namun pada hari ke-10, dia akhirnyaselsema menyebabkan dia sering bersin. Kisah ini tidak dinyatakan dalam buku biografinya. Dia kemudiannya di bawa ke rumah seorang kelasi tua. Dia dipaksa bersekolah bersama kawan-kawan berkulit putih dan sering dijadikan bahan jenaka dan usikan.
            Yang dimuatkan dalam buku biografinya ialah kisah seorang nakhoda kapal Eropah yang sudah lama memerhatikan kepintaran anak kecil Malagana. Nakhoda telah membawa anak kecil itu tanpa pengetahuan ibunya kerana tidak mahu dia terbiar tanpa pendidiikan di Malagana. Bermula dari situ, Presiden digambarkan sebagai manusia terpintar di Ogonshoto.
            Setelah kapal berlabuh di Eropah, nakhoda mengambilnya sebagai anak angkat dan tinggal di rumah nakhoda yang besar dan ccantik. Dia juga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat universiti. Nakhoda sangat kagum dengannya kerana minatnya terhadap pelajaran, pintar dan dihormati rakan-rakannya.
            Selepas 20 tahun, dia pulang ke Malagana untuk mencari ibunya. Dia kemudia menetap semula di Malagana dan tidak mahu pulang ke Eropah. Selepas 3 tahun aktif dalam politik, dia dilantik menjadi Timbalan Presiden. 6 bulan kemudia, Presiden meninggal dunia dan dia dilantik sebagai Presiden baharu.
            Presiden mula menghapuskan asrama di universiti kerana baginya asrama merupakan tempat mahasiswa berkumpul dan membuat gerakan kolektif segera. Tugas utama mahasiswa bagi Presiden ialah belajar. Pembangunan di Ogonshoto juga dimulakan Presiden.
            Presiden sedar bahawa rakyat Ogonshoto tidak mahukan kekayaan kerana bagi mereka kekayaan tidak boleh dibawa selepas mati. Bagi mereka, masyarakat yang harus kaya, bukannya individu. Namun, bagi Presiden  setiap individu mesti berlumba-lumba mengumpul kekayaan (kapitalisme)

            President Republik Afrika mengunjungi Ogonshoto. Tujuannya untuk menjalin kerjasam pendidikan dan ekonomi. Mereka juga banyak bertukar pendapat tentang cara-cara mengendlikan negara masing-masing. Presiden juga menyatakan bahawa segala keuntungan diagihkan kepada orang-orang Presiden sahaja kerana bagi masyarakat kemewahan bukan satu matlamat akhir kehidupan mereka. 

No comments:

Post a Comment